JellyPages.com

Sunday 24 March 2013

wArnA@colour



hello kawan2 ( dengan nada mcm ah cai ) hhehehhe......sElamAt ptg semua.... ptg ni hujan + kilat + guruh....rase badan lemau je kt bilik...hehehhe...mengelakkan dri tidor mari kite berbloggg....ehehehe....ptg ni sy nk share ckit tentg warna ... sebelum ni sy dh berkgsi tntg prinsip rekabntuk....so arini nk cite plak pasl warna....kwn2 mesti kalo nk beli sesuatu brg msti tgok warna cantik ke x kn...mesti msg2 ade warna kegemaran kn.... sy ske warna pink tp warna lain pun ske jgak....ape2 pun mari kite bukak minda untuk blaja tntg warnaaa.....jom..





RoD wArNa 

warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. justeru itu warna dan cahaya merupakan 2 perkara yang berkait rapat. kesimpulannya dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna. warna terbahagi kepada 3 :
- warna asas
- warna sekunder
- warna tertier



warna asas
  • terdiri daripada warna merah, biru dan kuning
  • juga dikenali sebagai warna yg tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain
  • merupakan warna utama, yg mana apabila dicampurkan akan menghasilkan warna lain.








warna sEkundEr 
  • terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu
  • ia merupakan campuran 2 warna asas spt dibawah 
         *  kuning + biru = hijau
* biru + merah = ungu
* merah + kuning = jingga




wArnA tErtiEr

  • terdiri daripada campuran 1 warna asas dan 1 warna sekunder yg bersebelahan dalam roda warna








NilAi WarNa 



Tona wArNa 


  • nilai pancaran terang atau gelap sesuatu warna
  • iaitu campuran warna putih dan hitam dengan warna asas dengan mengikut kadar tertntu.
  • warna tersebut akan berubah dari 1 tahap ke 1 tahap tertentu.





KromA wArnA


  • nilai ukuran kuasa sesuatu warna
  • ia terhasil melalui campuran warna-warna penggenap ( warna yg bertntg roda warna ) dengan nisbah tertentu
  • contoh :







Warna Harmoni



  • gubahan yg menggunakan warna2 yg bersebelahan dalam roda warna











Warna PenggEnap

  • gubahan warna yg menggunakan warna yg bertentangan dalam roda warna atau dikenali sebagai warna yg bertentangan @ kontras






Suhu Warna


  • suhu warna tidak boleh diamati oleh deria penglihatan
  • suhu warna merupakan 1 perasaan atau tindakan kita terhadap warna
  • terdapat 2 suhu warna iaituu warna panas dan warna sejuk.


  1. Warna Panas
    •  merupakan kumpulan warna yg mempunyai kesan cahaya yg tinggi
    • memberi kesan yg terang, garang spt api dan merangsang penglihatan spt matahari







     2.   Warna Sejuk


    • merupakan kumpulan warna yg mempunyai kesan cahaya yg rendah dan redup
    • memberi kesan redup, tenang dan damai menyejuk mata memandang

    • contoh seperti dibawah :



       



sekian shj untuk harini....moge kawn2 dapt sdikit ilmu tntg warna ye....pemilihan warna memainkan peranan yg pentg dalam ape jua yg kite rekacipta atau baju yg dipakai....pemilihan warna pakaian yg lembut dan harmoni dpt menengkan ht diri sendri mahupun juga orang yg memandang...hiiihiihi.....semoge kite berjumpa lg di lain waktu ye kawn2.....daaaaaaaaa.....LOL..::)

0 comments: