JellyPages.com

Thursday 13 June 2013

<< EasY pinEaPPle pEelEr >>








Selamat pg semua......arini sy nk sambung update blog tentg model projek asas rekacipta sy,,,,...tajuk produk sy ialah "eAsy pInEappLe pEaLer " ....ehehhehe...proses membuat model ini mengambil masa lebih kurang 6 minggu...susah dan seng dalam menyiapkan model ini kami ahli kumpulan harungi bersama2,...kenagan yg xmungkin dilupkn....bestttt sgt....expereince ni insyaallah akan sy kongsi dgn ank2 sy akan dtg insyaalah bile tibe masa sy menjadi seorang guru nnt,,,,ihihihi...so ecxcited to become a teacher...hehehehe....ok meh sy tunjukkan hasil model pengupas kulit buah nanas yang telah siap dihasilkan...


inilah hasil produk yg kami hasilkannnn.....
  



tadaaaaa....ahli kumpuln sy yg comel2 belaka....ni rakan2 yg mnjadi tulg blakang sy di UTM....ihihihi....LOL..:)

ok lah kwn2....nk pg ambil ank buah balik skolh dulu...nnt s smbg update lg ea blog ni...hihhih...insyaallah sy akn terus update blog ni....daaaaa:) XOXO...publish...

  • LaSt pappeeerrrrr....LaSt papppeeerrr.....

    assalamualaikum semua....setelah selesai 15 minggu kuliah, study week n final exammmm...tamat sudah tahun 2.....semester depn akn bermula dgn tahun 3....pejam celik je dh thun 3....semoge segala urusan dipermudhkn....ok arini sy nk cite pasl projek asas recipta yg dicipta oleh sy dan ahli kumpuln sy.....

    ok...yg pertama...mule2 dulu sy dh upload tntg proses lawatan sy n group ke iks di pontian kn....so leps balik dr onsevation 2,,,sy dan rakn2 membuat brainstorming hasil dr masalh yg di liht ....kputusn yg telah diambil adalh untuk menyelesaikn masalh yg dihadapi oleh pakcik sadikon iaitu pengusaha tanaman nanas...pengusaha iks nanas ini mengalami masalah dalam mengupas kulit buah nanas,....




    setelah penyataan msalh diperoleh,,,kemudian kami melakar model yg akn dicipta...

    ok next step kerja memilih bahan ape untuk digunakn n then jadual kerja juga perlu dilkukn bg memastikn model dpt disiapkn dlm ms yg  ditetpkn....
    bhn utama yg dipilih untuk mmbuat projek adalah kayu....tetapi bahan sebenr yg perlu digunkn untuk ciptaan real produk adalh stainless steel kerana bhn ini tdak berkarat....

    ok sekarang meh sy tunjukkan jadual bahan yg digunakan mesti kwn2 lg paham....ehhehehe


    - jadual dibawah ni harga untuk model shj-

    Bil
    Bahan
    Kuantiti
    Harga
    1
    kayu

    -
    2
    paip
    1
    -
    3
    skru
    3
    -
    4
    Cat (kelabu)
    1
    RM 16.00


    Jumlah
    RM16.00


    - jadual ni pulak untuk bahan dan harga bagi produk sebenar-



    Bil
    Bahan sebenar
    Kuantiti
    Harga/ unit
    Harga ( RM )
    1
    Stainless steel 




    ·         tapak
    1 ½ x 1 ½
    RM15.00 per kaki
    RM45

    ·         tiang x 2
    1 ½ x 2 batang
    ,,,
    RM45

    ·         tiang penghubung
    1 ½
    ,,,
    RM 22.50

    ·         pemegang
    2 ½
    ,,,
    RM 37.50

    ·         acuan pemotong + rod
    8” + 1 ½  ”
    ,,,
    RM 35.50

    ·         mata pemotong
    1”
    ,,,
    RM1.25
    2
    Skru
    3
    RM 1.20 X 3
    RM 3.60



    JUMLAH
    RM 190.35


    * ok lah kawn2...mate sy udah ngantok...ehhehe...esok sy akan sambung pulak tentg prosedur penyedian model pengupas kulit buah nanas ni ....ea...ok good nite semua....ada sedikit pesanan untuk kwn2....

    <<< sebelum tido maafkanlah semua orang disekeliling kite n then bace doa dannnn tidoo>>>hehhehe

    Wednesday 5 June 2013

    ------- hArtA iNtelEk -------


    Perlindungan Harta Intelek

    Perlindungan harta intelek di Malasyia terdiri daripada paten, cap dagangan, rekabentuk perindustrian, hak cipta, petunjuk geografi dan rekabentuk susunatur litar bersepadu. Malaysia menjadi anggota kepada Pertubuhan Harta Intelek Sedunia dan penandatangan kepada Konvesyen Paris dan Konvesyen Berne yang mentadbir hak-hak harta intelek ini.

    Selain itu, Malaysia juga adalah penandatangan kepada Perjanjian Perdagangan Berkaitan Harta Intelek (TRIPS) yang ditandatangani di bawah naungan Pertubuhan Perdagangan Dunia. Malaysia memberi perlindungan yang memadai kepada kedua-dua pelabur tempatan dan asing. Undang-undang harta intelek Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa dan disemak secara berkala oleh Majlis TRIPS.

    a) Paten

    Akta Paten 1983 dan Peraturan Paten 1986 mentadbir urus perlindungan paten di Malaysia. Pemohon boleh memfailkan permohonan paten secara terus jika bermastautin atau menetap di Malaysia. Permohonan asing hanya boleh difailkan melalui ejen paten berdaftar di Malaysia yang bertindak bagi pihak pemohon.

    Seperti perundangan di negara lain, sesuatu rekacipta boleh dipaten jika ianya baru, membabitkan satu langkah merekacipta dan boleh diaplikasi dalam industri. Selaras dengan TRIPS, Akta Paten menetapkan tempoh perlindungan untuk selama 20 tahun dari tarikh permohonan difailkan. Di bawah Akta ini, sijil inovasi utiliti memberikan tempoh perlindungan permulaan selama 10 tahun dari tarikh permohonan difailkan dan boleh diperbaharui untuk dua tempoh lagi berturut-turut dengan perlindungan tempoh lima tahun setiap kali lanjutan tertakluk kepada penggunaannya. Pemilik paten berhak mengeksploitasikan rekacipta terpaten, menyerah atau memindah hak paten, dan memeterai sebuah kontrak berlesen.

    Selaras dengan perjanjian TRIPS, di bawah ruang lingkup lesen wajib, Akta ini membenarkan pengimportan produk terpaten yang telahpun berada dalam pasaran negara-negara lain (pengimportan selari). Pihak Kerajaan boleh melarang pengeksploitasian paten secara perdagangan di atas sebab-sebab ketenteraman awam atau prinsip moral. Akta ini telah dipinda untuk memasukkan peruntukan Perjanjian Kerjasama Paten (PCT) dan untuk membenarkan pengimportan di bawah ruang lingkup lesen wajib.

    Malaysia menyertai PCT pada tahun 2006 dan berkuat kuasa dari 16 Ogos 2006, Permohonan Antarabangsa PCT boleh dilakukan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

    b) Cap Dagangan

    Perlindungan cap dagangan ditadbir urus oleh Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan Cap Dagangan 1997.

    Akta ini memberi perlindungan bagi cap dagangan dan cap perkhidmatan yang berdaftar di Malaysia. Setelah berdaftar, tidak ada sesiapapun atau syarikat selain daripada tuan punya atau pengguna-pengguna yang dibenarkan boleh menggunakannya. Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas sesiapa yang mungkin menggunakannya tanpa kebenaran. Tempoh perlindungan adalah sepuluh tahun, yang boleh diperbaharui setiap sepuluh tahun selepas itu. Tuan punya cap dagangan atau cap perkhidmatan diberi hak untuk berurus niaga atau menyerah hak serta melesenkan penggunaannya.

    Selaras dengan TRIPS, Malaysia melarang pendaftaran cap dagangan terkenal oleh sesiapa yang tidak dibenarkan dan menyediakan langkah-langkah batasan untuk melarang cap dagangan palsu diimport ke Malaysia.

    Malaysia menyertai Perjanjian Nice dan Vienna pada 28 Jun 2007 yang berkuatkuasa pada 28 September 2007. Perjanjian Nice adalah berkaitan dengan Pengelasan Barangan dan Perkhidmatan bagi maksud pendaftaran cap-cap manakala Perjanjian Vienna menubuhkan pengelasan bagi cap-cap yang terdiri daripada atau mengandungi unsur figuratif. Kedua-dua perjanjian adalah penting bagi memudahcara pendaftaran cap dagangan.

    Seperti juga paten, pemohon-pemohon tempatan boleh memfailkan permohonan mereka sendiri, manakala pemohon-pemohon asing hendaklah memfailkan permohonan melalui ejen-ejen berdaftar.

    c) Rekabentuk Perindustrian

    Perlindungan rekabentuk perindustrian di Malaysia ditadbir urus di bawah Akta Rekabentuk Perindustrian 1996 dan Peraturan Rekabentuk Perindustrian 1999. Akta ini memberi hak kepada rekabentuk perindustrian berdaftar seperti mana harta persendirian yang boleh diserah hak dan dipindah milik dengan cara kuat kuasa undang-undang.

    Untuk layak didaftarkan, rekabentuk perindustrian itu mestilah baru dan tidak mengandungi kaedah pembinaan atau rekabentuk yang hanya menekan kepada cara berfungsi sesuatu barang. Selain itu, rekabentuk barang itu mestilah tidak bergantung kepada rupa barang lain yang mana ia menjadi bahagian yang penting.

    Pemohon-pemohon tempatan boleh memfailkan pendaftaran sendiri atau melalui ejen-ejen rekabentuk perindustrian berdaftar. Bagaimanapun, pemohon-pemohon asing perlu mendapatkan perkhidmatan ejen-ejen rekabentuk perindustrian berdaftar. Rekabentuk perindustrian berdaftar dilindung untuk tempoh permulaan selama lima tahun yang mana boleh dilanjutkan dua tempoh lagi dengan perlindungan lima tahun setiap kali lanjutan, menjadikan jumlah tempoh perlindungan 15 tahun.

    d) Hak Cipta

    Akta Hak Cipta 1987 memberi perlindungan komprehensif untuk karya-karya yang dihak cipta. Akta ini menggariskan jenis karya yang layak untuk dihak cipta (yang termasuk perisian komputer), ruang lingkup perlindungan, dan cara bagaimana perlindungan diberikan. Tiada pendaftaran hak cipta bagi karya-karya.

    Perlindungan hak cipta bagi karya-karya sastera, muzik atau seni adalah semasa hayat pencipta dan 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya rakaman bunyi, siaran dan filem, perlindungan hak cipta adalah untuk 50 tahun selepas karya-karya berkenaan diterbitkan.

    Akta ini juga memberi perlindungan bagi hak artis-artis dalam persembahan langsung yang mana hak ini terus kekal selama 50 tahun dari permulaan tahun kalender berikut dengan tahun persembahan berkenaan telah diadakan.

    Satu ciri unik Akta ini adalah peruntukan yang dimasukkan untuk penguatkuasaannya. Pindaan kepada Akta Hak Cipta 1987, yang berkuat kuasa pada 1 Oktober 2003 memberi kuasa menangkap (termasuk menangkap tanpa waran) kepada pegawai-pegawai penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (yang dahulunya dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna). Pegawai-pegawai khas Kementerian ini telah dilantik untuk menguatkuasa Akta berkenaan dan diberi kuasa untuk memasuki premis-premis yang disyaki menyimpan salinan langgaran dan menggeledah serta menyita salinan langgaran.

    e) Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu

    Akta Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu 2000 memberi perlindungan bagi rekabentuk susunatur litar bersepadu yang asli, hasil usaha intelek penciptanya sendiri dan direka cipta secara bebas. Tiada pendaftaran bagi rekabentuk sususnatur litar bersepadu.

    Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dari tarikh ianya mula-mula dieksploitasikan secara perdagangan atau 15 tahun dari tarikh reka cipta jika tidak diekploitasikan secara perdagangan. Akta ini juga membenarkan tindakan diambil oleh pemiliknya jika hak-hak berkenaan yang diiktiraf dibawah Akta ini dilanggar. Hak ini boleh dipindah milik sama ada sebahagian daripadanya atau keseluruhannya secara penyerahan hak, lesen, wasiat atau menerusi penguatkuasaan undang-undang.

    Akta ini dilaksanakan dengan mematuhi perjanjian TRIPS untuk memberi jaminan kepada para pelabur dalam industri elektronik Malaysia dan untuk memastikan pertumbuhan teknologi di negara ini.

    f) Petunjuk Geografi

    Akta Petunjuk Geografi 2000 memberi perlindungan bagi barangan yang berdaftar mengikut nama tempat asal dari mana barangan berkenaan telah dikeluarkan, yang mana kualiti, reputasi dan ciri-ciri lain yang terdapat pada barangan itu disebabkan oleh asal geografi barangan berkenaan. Perlindungan adalah untuk barangan seperti produk-produk semula jadi atau pertanian atau apa-apa keluaran kraftangan atau industri. Petunjuk geografi yang bertentangan dengan ketenteraman awam atau prinsip moral tidak akan dilindung di bawah Akta ini.


    Untuk maklumat lanjut mengenai perlindungan harta intelek, sila layari www.myipo.gov.my.
    segala ilmu yg dikongsi bersma harap memberi mkna kepada kwn2 semua ye....sy pun masih blaja lg so kalo salah harap kwn2 mengur yeee....:) selamat berhujung minggu semua....:)

    ------- bEst ExpEriEnce wiTh ClaY -----

    ASSALAMUALAIKUM.....sudah lewat malam....dengan kelapangan yang diberikan pada mlm ni boleh la sy update blog yg dah lame menyepi kn....heheheh...walaupun mood sy arini kurang stabil tp sy perlu melupakan perkara yg menyedihkan itu....ok....

    daripada gmbr sy dan kawan2 di atas yg muke ceria je semua kn....pada hari tersebut iaitu minggu ke-8 kuliah, sy dan rakan2 didedahkan dengan brown clay and paper clay......

    mesti kawn2 tertanye2 ape la yg seronok nye main clay ni kn....
    mse kecik2 dulu kite semua penah kn main plastesin...ha....clay ni macam sme tp xserupa la...hihiih....clay ni perlu dipanaskn dulu sebelum digunakan....panaskn dimana????? ha...hehehe
    meh kite tgok mne nk panaskn clay ni....

    tadaaaaaaaaa,,,,,
    ini adalah oven yg digunakn untuk memanskan brown clay dengan suhu 180 darjah celcius dalam masa lebih 10 hingga 20 mint.....
    apabila clay dah panas ia akan lembut dan mudah dibentuk.....so boleh la nk buat bentuk ape yg kwn2 nk....

    mesti kawn2 tertunggu-tunggu bile sy nk share gmr brown clay kn...hehehehe....name brown clay kn...mesti la warna brown...hehehhe..


    buat pengetahuan kawan2 semua....brown clay ni digunakan untuk membentuk sesuatu objek untuk kite buat model bg sesuatu rekacipta sebagai ujikaji sebelum bentuk asal dihasilkan dengan menggunakan bahan sebenar....brown clay ni kalo kawn2 nk tau harnye sangt mahal bg sy la....hehehehhe...1 slice berharga 50 rgt tau...tp yela benda boleh pakai berulang kali kn....mestila mahal kn....

    ok next,,,,

    selain brown clay ni....ada lg 1 clay yg digunakan sebagai bahan untuk membuat sesuatu model bg sesuatu rekacipta....iaitu paper clay.....meh sy tunjuk gmbr paper clay plak....


    paper clay ni warna putih tau....erm paper clay ni xperlu dipanaskan...tp paper clay ni agar sukar untuk dibentuk kerana sifatnye yg agak kasar...paper clay ni perlu dikendalaikan dalam masa yg singkat kerana apabila ia mengeras so dh xboleh nk bentukkan lg...setelah siap membentuk objek..paper clay ni boleh diwarnakan mengikut citarasa masing...itu adalah kelebihan paper clay...hihihihih

    sebelum sy terlupa..... proses untuk membentuk clay ni menggunakan perlatan seperti gmbr dibawah....



    and next....

    sy nk share beberapa gmbr design mouse yg disiapkan oleh rakan-rakan kelas sy....berbagai bentuk yg dihasilkan mengikut idea masing2.....mase ni la nk tunjukkan bakat....kn2....meh kite tgok sme2 ye.....











    ------ AntRopomEtri ------


    Hello all…! Let’s see, apa yang akan kita nk bincg kali ini???? 

    Antropometri. Apa itu????? 
    Antropometri berasal dari kata anthropos yang bermaksud manusia dan metros pula bermaksud ukuran. Antropometri dapat didefinisikan sebagai suatu tentang pengukuran tubuh manusia dalam hal dimensi tulang, otot, dan jaringan lemak.  Dengan pengukuran antropometri ini akan diketahui tinggi badan, berat badan, dan ukuran badan aktual seseorang. Selanjutnya tinggi badan, berat badan dan ukuran tubuh (termasuk skinfolds dan circumferences) aktual seseorang ini dapat digunakan untuk tujuan menilai pertumbuhan dan distribusi lemak tubuh seseorang, serta dapat berguna sebagai data referensi.


    seterusnya ,,,,

    Antropometri merupakan bagian dari ilmu ergonomi yang berhubungan dengan dimensi tubuh manusia yang meliputi bentuk, ukuran dan kekuatan dan penerapannya untuk kebutuhan perancangan fasilitas aktivitas manusia.
    Data antropometri sangat diperlukan untuk perancangan peralatan dan lingkungan kerja. keselesaan dalam menggunakan alat bergantung kepada kesesuaian ukuran alar dengan ukuran manusia. Jika peralatan yang digunakan tidak sesuai, maka dalam jangka waktu tertentu akan mengakibatkan sakit pada tubuh badan 


    Antropometri merupakan pengetahuan yang berkaitan pengukuran dimensi tubuh manusia dan karakteristik khusus lain dari tubuh yang relevan dengan perancangan alat-alat / benda-benda yang digunakan manusia. 

    Antropometri dibahagi kepada dua jenis iaitu:
    1. Antropometri Statis, dimana pengukuran pada manusia dilakukan dalam posisi diam pada permukaan tubuh.
    2. Antropometri Dinamis, dimana pengukuran dilakukan dengan memerhatikan gerakan-gerakan yang mungkin terjadi saat pekerja tersebut melaksankan kegiatannya.

    Antropometri biasa digunakan dalam bidang perancangan produk yang berkaitan dengan manusia. Hampir semua produk yang ada memang berkaitan dengan manusia. sebagai contoh, pedal rem pada mobil. Pernahkah kawan-kawn rasa pedal tersebut lebarnya terlalu sempit? peralatan tersebut telah diukur dengan mengambilkira antropometri tubuh manusia.

    akhir kata diharap perkongsian kite untuk hari ni memberi input kepada kawan2 ye.....:)::;
    yang baik dari tuhan dan yang lemah adalah dari diri sy sendiri yang juga masih belajar.....jeheheheheh...

    sy tinggalkn kawn2 dengan 1 video tentg antropometri....

    Sunday 26 May 2013

    --- modEl ---


    assalamualaikum dan selamat malam kawan2....eh dah pg la.....sambil2 sy tunggu print tugasan ni meh kite berkongsi ilmu tentang ape itu model dalam asas reka cipta ni.....sebelum kite nk buat sesuatu produk baru mestila kite ada kaedah cube jaye kn...pastu kite try dlu buat dengan bukan bahan sebenar dan juga skala yg kecil....n then bile dah berjaye baru la kite hasilkan objek sebenar...kn2....ini untuk mencipta objek yang kecil2 boleh la cube jaye tapi kalo nk cipta sesuatu yg baru, kite mstila buat perancangan yg rapi dan teliti k....MODEL dalam rekacipta ni adalah produk yang dihasilkan sebagai contoh mahupun rujukan bagi objek yg sebenar tetapi model tidak boleh berfungsi....model ni dibuat dalam skala yang kecil atau dibesarkan dan hanya menggunakan warna, simbol atau stiker bagi menunjukkan detail bagi objek sebenar....sebagai  contoh model bagi rumah  seperti di bawah....seperti mane yg kite tahu model sangat penting untuk pengujian....daripada model akn diadakan sesi perbincangan tentg ape kelebihan dan kelemahan dan juga ape yg perlu ditambah baik bg objek sebenar yang akan dicipta,......model boleh dibina dengan menggunakan kayu, polistren, kadboard, logam dan lain-lain lg....

    mate pun dudah layu...kerja pun dah siap...sukup sampai disini perkongsian kita tentg ape itu model dalam rekacipta....saya tinggalkan kawan2 dengan gambar model rumah...heehheheh....wasalammmm dan selamat malam semuaaa,,,,..MimpI iNdah Ye Kwan2.....:) XOXO ...publishhhh....peace yooo


    --- model rumah ----














    -------- Prototaip------



    assalamualaikum semuaa kawan2....lame sudah xupdate blog....sangat sbuk ngan asigment.....sekarang minggu study week tp bukn mcm study week...hehehe....masih ada kelas lg....ape2 pun lg 2 minggu sy akan bercuti selama 3 bulan....yahoooo.....entry kali ini sy akan berkongsi tentang prototaip sebelum merekacipta sesuatu yg baru....meh sy terangkn ape itu prototaip......

    prototaip - sebarang bentuk dan versi suatu perisian atau sistem yg boleh menggambarkan perlakuan dan ciri-ciri objek sebenar...
    - bentuk objek prototaip ni lebih kurang sama dengan objek sebenar dan boleh berfungsi sama je dengan objek sebenar. 
    - perbezaan prototaip dengan objek sebenar hanyala kemasan sahaja. 
    - objek prototaip ini diperbuat daripada objek yg sebenar.... 


    ::: meh kite tgok contoh2 prototaip :::






    Kenderaan prototaip ‘Claria V’ mampu bergerak lebih 1,000 kilometer dengan satu liter minyak

    JOHOR BAHRU: Sekumpulan 18 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, membangunkan sebuah prototaip kenderaan dinamakan 'Claria V' yang mampu menempuh perjalanan lebih 1,000 kilometer dengan hanya satu liter minyak. 

    'Claria V' yang dibangunkan lebih setahun lalu, akan menyertai Pertandingan Cabaran Shell Eco bersama 11 universiti lain di seluruh negara yang diadakan di Litar Formula 1 Sepang, Julai ini yang turut disertai pasukan negara Asia lain seperti Indonesia, China, Iran, Taiwan dan Jepun. 

    Kenderaan prototaip itu yang menggunakan enjin mesin pemotong rumput 35cc, dibangunkan dengan harga RM25,000 mempunyai berat casis serta enjin kira-kira 49.3 kilogram dan berat keseluruhan dengan seorang pemandu tidak melebihi 100 kilogram. 

    Penasihat pembangunan 'Claria V' yang juga Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM, Prof Madya Pakharuddin Mohd Samin, berkata tahun lalu universiti itu turut mengambil bahagian dalam pertandingan sama di Jerman dan mendapat tempat keempat. 

    Katanya, pemenang tahun lalu mencipta perjalanan sejauh 3,300 kilometer dengan hanya satu liter minyak dan pihaknya berharap 'Claria V' dapat mencatat jarak separuh daripada itu. 

    “Semua pelajar yang membangunkan 'Claria V' ini adalah penuntut Tahun Dua dan Tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM dan selain kenderaan ini, UTM Kuala Lumpur turut menghantar satu lagi penyertaan,” katanya selepas Majlis Pengenalan 'Claria V' oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang di pekarangan Bangunan Pentadbiran UTM Skudai. 

    Pakharuddin berkata, 'Claria V' ialah nama saintifik ikan Keli, 'Clarias Bastrachus', berikutan reka bentuk kenderaan terbabit menyerupai ikan berkenaan dengan pengubahsuaian bahagian enjin bagi mengurangkan penggunaan minyak. 

    "Pertandingan Cabaran Shell Eco ini, menguji kemahiran peserta mencipta kenderaan mampu bergerak jauh menggunakan tenaga paling minimum dan sebab itu, bahan digunakan untuk badan kereta daripada gentian kaca disebabkan ia ringan, manakala pengemudi, transmisi serta pengikat menggunakan aluminium," katanya. 

    Pengurus Pasukan 'Claria V', Syed Nur Adaf Zhafry Ismail, 21, berkata beliau dan rakannya berbangga menghasilkan kenderaan prototaip itu dan berharap ia membuka jalan penyelesaian terhadap penggunaan minyak dengan lebih efisien. 

    "Kami tidak meletakkan harapan tinggi dalam pertandingan ini kerana kali pertama menyertainya. Cabaran Shell Eco akan dianjurkan tiga tahun berturut-turut di Malaysia dan mungkin tahun depan kenderaan prototaip UTM akan mencipta kejayaan," katanya. 

    Sementara itu, Dr Zaini berkata, pertandingan itu menjadi ruang mahasiswa mengaplikasi segala teori dipelajari dari buku. 


    --- mari kite lihat contoh lain pulak -----

    PROTOTAIP MOTOSIKAL TAHUN 2020

    semakin hari tamadun manusia semakin bertambah maju dari segi teknologi dan penciptaannya. contoh yg kite nmpk sekarag ialah ipad...cepat je keluar ipad 2, 3 4....hehehhehe....esok lusa xtau la kuar ape lg kn....
    tahun 2020 diramalkan negara kita akn menjadi negara maju dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yg lain seperti amerika, china, perancis dan lain-lain. tapi pernah x kawan2 terfikir bagaimana teknologi pada masa itu yang dikatakan cukup maju dan sangat membantu....
    meh sy tunjukkan pd kawn2 beberapa prototaip motosikal yang diilhamkan oleh beberapa jurutera terkemuka di dunia. dunia ye bukan malaysia......let's check it out....:)










    ape pendapat kawan-kawan tentg prototaip motosikal untuk tahun 2020 ni.....????sama2 la kite fikir ye....hiihihihi....mase sekarang sungguh cpat berlalu kn...tp masih bernyawa kah kite pada 2020???? belum pasti kn.....semua 2 keje maha pencipta...ape2 pun hidup perlu diteruskan selagi diberi kesempatan....ok lah sy harapkan ape yg dikongsikn ini dpt memberi sedikit sebanyak ilmu kepada rkwn2 dan juga diri sy sendiri......:)