assalamualaikum semuaa kawan2....lame sudah xupdate blog....sangat sbuk ngan asigment.....sekarang minggu study week tp bukn mcm study week...hehehe....masih ada kelas lg....ape2 pun lg 2 minggu sy akan bercuti selama 3 bulan....yahoooo.....entry kali ini sy akan berkongsi tentang prototaip sebelum merekacipta sesuatu yg baru....meh sy terangkn ape itu prototaip......
prototaip - sebarang bentuk dan versi suatu perisian atau sistem yg boleh menggambarkan perlakuan dan ciri-ciri objek sebenar...
- bentuk objek prototaip ni lebih kurang sama dengan objek sebenar dan boleh berfungsi sama je dengan objek sebenar.
- perbezaan prototaip dengan objek sebenar hanyala kemasan sahaja.
- objek prototaip ini diperbuat daripada objek yg sebenar....
::: meh kite tgok contoh2 prototaip :::
Kenderaan prototaip ‘Claria V’ mampu bergerak lebih 1,000 kilometer dengan satu liter minyak
JOHOR BAHRU: Sekumpulan 18 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai di sini, membangunkan sebuah prototaip kenderaan dinamakan 'Claria V' yang mampu menempuh perjalanan lebih 1,000 kilometer dengan hanya satu liter minyak.
'Claria V' yang dibangunkan lebih setahun lalu, akan menyertai Pertandingan Cabaran Shell Eco bersama 11 universiti lain di seluruh negara yang diadakan di Litar Formula 1 Sepang, Julai ini yang turut disertai pasukan negara Asia lain seperti Indonesia, China, Iran, Taiwan dan Jepun.
Kenderaan prototaip itu yang menggunakan enjin mesin pemotong rumput 35cc, dibangunkan dengan harga RM25,000 mempunyai berat casis serta enjin kira-kira 49.3 kilogram dan berat keseluruhan dengan seorang pemandu tidak melebihi 100 kilogram.
Penasihat pembangunan 'Claria V' yang juga Pensyarah Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM, Prof Madya Pakharuddin Mohd Samin, berkata tahun lalu universiti itu turut mengambil bahagian dalam pertandingan sama di Jerman dan mendapat tempat keempat.
Katanya, pemenang tahun lalu mencipta perjalanan sejauh 3,300 kilometer dengan hanya satu liter minyak dan pihaknya berharap 'Claria V' dapat mencatat jarak separuh daripada itu.
“Semua pelajar yang membangunkan 'Claria V' ini adalah penuntut Tahun Dua dan Tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (Automatif) UTM dan selain kenderaan ini, UTM Kuala Lumpur turut menghantar satu lagi penyertaan,” katanya selepas Majlis Pengenalan 'Claria V' oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang di pekarangan Bangunan Pentadbiran UTM Skudai.
Pakharuddin berkata, 'Claria V' ialah nama saintifik ikan Keli, 'Clarias Bastrachus', berikutan reka bentuk kenderaan terbabit menyerupai ikan berkenaan dengan pengubahsuaian bahagian enjin bagi mengurangkan penggunaan minyak.
"Pertandingan Cabaran Shell Eco ini, menguji kemahiran peserta mencipta kenderaan mampu bergerak jauh menggunakan tenaga paling minimum dan sebab itu, bahan digunakan untuk badan kereta daripada gentian kaca disebabkan ia ringan, manakala pengemudi, transmisi serta pengikat menggunakan aluminium," katanya.
Pengurus Pasukan 'Claria V', Syed Nur Adaf Zhafry Ismail, 21, berkata beliau dan rakannya berbangga menghasilkan kenderaan prototaip itu dan berharap ia membuka jalan penyelesaian terhadap penggunaan minyak dengan lebih efisien.
"Kami tidak meletakkan harapan tinggi dalam pertandingan ini kerana kali pertama menyertainya. Cabaran Shell Eco akan dianjurkan tiga tahun berturut-turut di Malaysia dan mungkin tahun depan kenderaan prototaip UTM akan mencipta kejayaan," katanya.
Sementara itu, Dr Zaini berkata, pertandingan itu menjadi ruang mahasiswa mengaplikasi segala teori dipelajari dari buku.
--- mari kite lihat contoh lain pulak -----
PROTOTAIP MOTOSIKAL TAHUN 2020
semakin hari tamadun manusia semakin bertambah maju dari segi teknologi dan penciptaannya. contoh yg kite nmpk sekarag ialah ipad...cepat je keluar ipad 2, 3 4....hehehhehe....esok lusa xtau la kuar ape lg kn....
tahun 2020 diramalkan negara kita akn menjadi negara maju dan berdiri sama tinggi dengan negara maju yg lain seperti amerika, china, perancis dan lain-lain. tapi pernah x kawan2 terfikir bagaimana teknologi pada masa itu yang dikatakan cukup maju dan sangat membantu....
meh sy tunjukkan pd kawn2 beberapa prototaip motosikal yang diilhamkan oleh beberapa jurutera terkemuka di dunia. dunia ye bukan malaysia......let's check it out....:)
ape pendapat kawan-kawan tentg prototaip motosikal untuk tahun 2020 ni.....????sama2 la kite fikir ye....hiihihihi....mase sekarang sungguh cpat berlalu kn...tp masih bernyawa kah kite pada 2020???? belum pasti kn.....semua 2 keje maha pencipta...ape2 pun hidup perlu diteruskan selagi diberi kesempatan....ok lah sy harapkan ape yg dikongsikn ini dpt memberi sedikit sebanyak ilmu kepada rkwn2 dan juga diri sy sendiri......:)
0 comments:
Post a Comment